Rabu, 03 Februari 2010

Seharum Kenanga Di RTM 2

Drama berseri terbitan terbaru Bright Network, ditayangkan di TV2, pada 14.30 WIB. Drama 26 episod ini dengan tema kekeluargaan ini dibintangi barisan artis popular tanahair seperti Janet Khoo, Faizal Hussien, Shahruddin Thamby dan ramai lagi.

Sinopsis

Dania 21 tahun, merupakan anak yatim piatu. Ibu Dania berbangsa Cina telah berkahwin dengan ayahnya yang merupakan seorang pegawai polis berbangsa Melayu. Dia bermula dari kerjaya model sambilan hanya semata-mata untuk menampung pengajian sendiri di kolej, tetapi kemudian menjadi seorang pelakon terkenal tanahair. Selepas ibu bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya, Dania dibela oleh ibu saudaranya, Mak Usu. Ini membentuk sifat berdikari dan keyakinan yang tinggi pada dirinya. Walaubagaimanapun, suami kepada Mak Usu iaitu Pak Usu tidak menyukai Dania kerana kisah silam ibu bapanya dahulu.

Dania merupakan seorang gadis yang sangat mementingkan kecantikan. Dia selalu mengamalkan mandi bunga dan makan jamu untuk kecantikan dalaman dan luaran. Malah dia juga berminat dengan produk kecantikan yang berasaskan herba tempatan.

Mungkin sudah jodoh, Dania bertemu dengan seorang lelaki yang begitu istimewa baginya, Omar seorang arkitek muda yang baru memulakan kerjayanya. Omar melayannya dengan begitu istimewa. Omar sering memanjakan Dania dengan pelbagai hadiah dan makan di tempat-tempat yang istimewa. Dania merasakan dirinya begitu dihargai.

Akhirnya Omar memberanikan diri melamar Dania untuk menjadi isterinya. Dania tanpa berfikir panjang terus menerima lamaran itu. Ini bermakna dia terpaksa meninggalkan dunia glamornya yang sedang mekar. Dan lebih penting dari itu, Dania meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur. Dan tinggal di kampung bersama Omar yang berjaya mendapat tawaran yang lebih baik di bandar berdekatan kampung halamannya di Kuantan, Pahang.

Pada awal-awal perkahwinan, kehidupan mereka begitu bahagia. Mereka tinggal di sebuah rumah teres sederhana. Dan lahirlah dua orang cahaya mata selepas itu, Alin dan Hadif.

Dalam masa yang sama, kehadiran Dania di sisi Omar merupakan sesuatu yang amat dibanggakan oleh Omar sejak dulu lagi. Dania baginya bagaikan sepasang tas tangan yang berjenama. Dia bangga apabila ramai orang memandang mereka berjalan berpimpin tangan.

Dan warna sebenar Omar semakin tampak. Sifat kedekutnya semakin menyerlah. Banyak yang tidak boleh dan dikekang. Mereka tidak lagi kerap makan di luar. Dan kalau perlu pun ianya harus ada kena mengena dengan tarikh penting dalam hidup mereka. Dan Dania juga semakin tidak dapat berbelanja seperti sebelumnya. Dia tidak lagi boleh membeli kosmetik dan aksesori atau pakaiannya sendiri kerana kekangan bajet.

Ini semua adalah kerana Omar makan gaji. Akhirnya, Dania mendapat idea. Dia mahu Omar membuka firma seni binanya sendiri. Dania sendiri sanggup mengeluarkan modal dan simpanannya selama dia bergelar insan glamor untuk tujuan itu. Omar hanya perlu memberikan modal profesionalnya saja. Lagi pun Dania berkelulusan dalam bidang akuan dan pentadbiran. Ini satu kombinasi yang amat kuat.

Akhirnya mereka berjaya membuka firma senibina mereka sendiri. Dan berkat kerja keras.

HUff..tungu dulu cerita ini belum berakhir disini..ada serangkaian kisah menawan lg yang sangat baik untuk ditonton..apalg buat para wanita..karena janet khoo berperan sangat baik untuk dapat diambil sisi baiknya,anda akan dapat melihat bagaimana wanita yang cantik,baik hati, pintar, optimis, tegar dan juga sangat berbudi pekerti.
Aq suka banget cerita ini...nonton deh..g neko2...masyarakat banget niy..dan lihatlah bagaimana Tuhan itu ada dan memberikan kuasanya pada manusia..ok..enjoy it.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar